Contoh Teks Piramid

Selepas mati, firaun harus bangkit dari makamnya. Ungkapan 373 menyatakan:[5]

Ah! Ah! Bangkitlah, wahai Teti!Ambil kepalamu, ambil temulangmu,Ambil anggotamu, luluhkan tanah dari dagingmu!Ambil rotimu yang tiadanya busuk, arakmu yang masamnya tidak,Berdiri di gapura yang menghambat rakyat biasa!Penjaga (gapura) bersuamu, memimpin tanganmu,Ia membawamu ke syurga, ke bapamu Geb.Dia sukacita atas kehadiratmu, Ia hulurkan tangannya,Menciummu, membelaimu,Tampilmu menghadap semangat-mangat, bintang-bintang abadi...Sang terbuni (tidak terlihat) sanjungmu,Sang raya kelilingmu,Sang cerap menantimu,Padi belanda dibanting demimu,Terigu dituai demimu,Kenduri pekananmu (mingguan) dibuat dengannya,Kenduri dwipekananmu dibuat dengannya,Menjunjung perintah laksana Geb, bapamu,Bangkitlah, wahai Teti, kautidakkan mati!

Teks kemudian menyatakan beberapa cara untuk firaun naik ke syurga, dan salah satu daripadanya ialah dengan menaiki tangga. Dalam ungkapan 304 firaun berkata:[5]

Sanjung, puteri Anpu, yang berada di jendela langit,Taulan (kawan) Tehuti, di atas anak tangga,Beri laluan demi Unas, berikan Unas lalu!

Salah satu cari lagi ialah menaiki perahu. Jika anak perahu enggan membawa firaun, beliau ada cara-cara lain:

Jikalau kauenggan perahukan Unas,Ia akan lonjak dan tumpang di atas sayap Tehuti,Lalu ia akan perahukan Unas ke seberang!

Gita Puja Kanibal

Ungkapan 273 dan 274 kadangkala dikenali sebagai "Gita Puja Kanibal", sebab ia menyatakan firaun memburu dan memakan anggota dewa-dewa:[5] Ia merupakan bahagian yang asing (Ungkapan 273-274) dalam himpunan teks upacara dalam Teks Piramid dari zaman Kerajaan Lama Mesir.

Gita Puja Kanibal muncul dalam Piramid Unas pada penghujung Wangsa Kelima, dan mengandungi gambaran upacara diraja lama di mana firaun yang telah mangkat—dengan bantuan dewa Shezmu—menyembelih, memasak dan makan dewa-dewa sebagai korban, menjadikan sang firaun dapat kuasa ketuhanan yang ada pada dewa-dewa supaya dapat pergi ke alam akhirat dan jaminkan perjelmaannya sebagai seorang dewa untuk memerintah syruga.

Gaya dan format Gita Puja Kanibal bersifatkan puisi lisan dalam zaman firaun Mesir, penuh dengan kiasan samar dan penggunaan jenakata dan kata sebunyi dalam gambaran upacara penyembelihan.

Selain daripada persemadian Unas, hanya Piramid Teti sahaja yang ada Gita Puja Kanibal.

Suatu tuhan yang memamah bapanya,yang memakan ibunya...Unas ialah lembu jantan bagi langitYang amarah di dalam hatinya,Yang memamah setiap dewa,Yang memakan isinyaKala mereka tiba, tubuh mereka dipenuhi saktiDari Nusa Api...

Gita Puja Kanibal kemudian muncul semula dalam Prasasti Larung sebagai Mantera 573.[25] Ia digugurkan bila Kitab Orang Mati disalin.

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...